Sunday, March 13, 2011

Hakikat sebuah kejadian...

Hakikat sebuah kejadian...

In the name of Allah,
the most gracious and most merciful....

Ketika Allah menciptakan insan bergelar WANITA, dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Pada hari ke-6, datang seorang malaikat bertanya, "Ya Allah, kenapakah engkau mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan ciptaan-Mu kali ini..."

Allah menjawab, ''Sudahkah engkau melihat betapa cantik dan mulianya ciptaanKu ini?

Lihat..... Dua tangan yang ada ini mestilah boleh dibersihkan, tetapi bahannya bukanlah daripada plastik. Setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh digerakkan dan berfungsi dengan baik untuk segala jenis makanan. mampu menjaga ramai anak bersamanya...

Mempunyai pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan keburukan. Dan semua yang Ku terangkan tadi cukup dengan hanya menggunakan dua tangan ini."

Malaikat berkata, "Ya Tuhanku, cukuplah setakat hari ini.. Engkau boleh menyambungnya keesokan hari..."

"Oh, tidak. Aku mahu menyiapkannya. Ini adalah ciptaan kegemaran-KU." balas Allah kepada malaikat. Malaikat terpanggil untuk mendekati dan melihat dengan jelas ciptaan Tuhan yang bergelar WANITA itu..

Disentuhnya ciptaan tersebut. "Ya Tuhanku, kenapakah Engkau membuatnya begitu lembut?"

Allah menjawab, "Ya. Aku membuatnya lembut. Tapi pastinya engkau tak terfikir apatah lagi sanggup membayangkan kekuatan yang aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa".

"Apakah ciptaan-MU ini mampu berfikir Ya Tuhanku?". tanya malaikat penuh kehairanan.

Allah menjawab, " Dia bukan sahaja mampu berfikir, malah aku berikan kepadanya kekuatan untuk bertolak ansur dan bertoleransi yang luar biasa."

Malaikat menyentuh ciptaan itu di bahagian dagunya.."YA Tuhanku, kelihatan seperti ciptaan-Mu ini kelihatan seperti lelah dan rapuh. Seolah terlalu banyak beban yang perlu ditanggungnya."

Sambil tersenyum Allah menjawab, "Itu bukan bererti lelah atau rapuh. Itu adalah air matanya."

Malaikat kehairanan lalu bertanya, "Air mata? Untuk apa Ya Tuhanku?"

"Air mata adalah satu cara untuk dia menyuarakan perasaannya. Segala kegembiraan, keresahan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaannya", sambung Allah..

Dengan perasaan takjub, malaikat berkata, "Ya Allah, Subhanallah! Begitu agungnya ciptaan-MU bergelar wanita ini. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mencipta sesuatu yang menakjubkan yang tak mampu dijawab dek akal".

Allah menjawab," Ya. Mesti.. Aku menciptakan wanita supaya dia mempunyai kekuatan mempersona lelaki. Dia kuat mengatasi beban malah mampu melebihi laki-laki.

Dia mampu menyimpan kebahagiaan apatah lagi kesedihannya sendiri.
Dia mampu tersenyum dikala hatinya dihimpit dan diguris kesedihan, menyanyi disaat menangis, menitiskan air mata saat dia terharu.
Bahkan tertawa disaat ketakutan.

Dia mampu berkorban untuk orang-orang yang dicintainya.
Mampu berdiri teguh dikala melawan ketidakadilan.
Mampu juga menerjunkan dirinya tanpa menghiraukan bahaya untuk keluarganya.
Dia menolong temannya yang kesakitan untuk mendapatkan ubat.

Cintanya tanpa bersyarat!.
Dia menangis saat dikurnikan seorang suami disampingnya.
Dia menangis saat melihat anak yang dilahirkannya.
Dia girang dan bersorak saat melihat temannya tertawa.
Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.
Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian.
Dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup.
Dia tahu sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka biar sedalam mana peritnya.

Cuma.... ciptaanku ini punya satu kelemahan... ", terang Allah kepada Malaikat.

Malaikat kehairanan. " Ciptaan Allah yang Maha Agung ini punya kelemahan? Nyatakan kepadaku kerana aku tidak memahaminya Ya Allah..".

Allah menjawab, "Ya, wahai Malaikat. Ciptaanku ini punya satu kelemahan".

Malaikat terus bertanya. "Apa dia, Ya Tuhanku?"

'Kelemahan ciptaan-KU ini adalah kerana.....
.
.
.
.
Dia lupa betapa berharga dan istimewa hakikat kejadiannya", jawab Allah..

Malaikat tunduk tanpa mahu bertanya lagi....

sumber: Dr Cinta

kenapa aku diuji???

JANGAN MENGELUH .........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Sunday, February 13, 2011

Petua untuk Hati

Petua untuk Hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

- wallahualam -

Wednesday, January 19, 2011

kebuntuan melanda....

ya Allah Ya tuhanku...
kau pecahkan lah kebuntuanku ini...
aku xtahu kepada siapa lagi aku harus mengadu...
sebenarnya aku takut untuk meghadapi hari2 esok....
ya Allah...
kau kuatkanlah hati hambamu ini...

Tuesday, January 18, 2011

last moment 2...

kenangan sblm balik....

cube teka yg mn satu kaki sy???hehehehe...

sebelum bertolak pulang...

ini siput myra....

"nak cari kayu api...nk cari kayu api...."

indahnye kenangan ni....

perlu ker wat cmtu???

last moment

apa ke hei la budak2 ni....

ni apa kes???

sukernyer dia....

senyum...

buat apa tu???

amik jgn x amek....

mmmm...sedapnyer..

mek tie tunjuk apa tu???

siap suluh lg makanan...

mmmm...cedapnyer....

pilih2....

tunjuk apa tu??

la tahzan....

jangan bersedih di atas apa yg ditimpakan kepadamu.....
bersabarlah....ingatlah..
kita hanyalah hambanya yg lemah....

ALLAH HU AKBAR....

ya ALLAH ya TUHANKU...
sesungguhnya aku redha dengan apa yg kau turunkan kepadaku...sesungguhnya aku tidak seharusnya mempersoalkan ujianmu ini...lantaran akua adalah manusia biasa, terpacul juga dr mulutku..."kenapa aku diuji lagi"....

betapa kerdilnya aku untuk mmpersoalkan sedemikian....
aku redha ya Allah....jika ini yg terbaik untukku...aku terima...kerna aku tau, engkau la yang sebaik2 perancang.....

Saturday, January 1, 2011

Terbanglah Duhai Rerama

"Sejak mula kerja ni macam mana hidup kau?" alt

"Biasa saja. Pagi keluar pergi kerja, petang balik kerja, malamnya makan dan rehat."

"5 hari seminggu itu rutin kau? Tak bosan ke, bro?"

"Apa lagi boleh buat? Malam of course nak rehat, esok nak kerja lagi."

"Hujung minggu buat apa?"

"Haha. Kau tanya macam lah kau tak kenal aku. Macam belajar dulu juga la. Lepas Subuh, tidur puas-puas. Kalau tak keluar ke mana-mana, layan movie atau k-drama lah. bro"

Soalannya : Jika ini ialah rutin anda, selesakah begini?

Menjadi Ulat Lebih Bahagia?

Di sebuah tasik, tinggallah satu populasi ulat pemakan daun. Ulat-ulat ini begitu bahagia berkawan dan menjamu daun-daun hijau dari pokok-pokok kecil di sekitar tasik itu. Tidak sekalipun mereka terfikir untuk meninggalkan tasik itu, berhijrah ke kawasan lain, merasai enaknya daun-daun lain. Mereka takut, apa yang mereka ada sekarang adalah yang terbaik dan tidak ada di mana-mana tempat lain. Sayang sebab takut!

Sesekali, mereka bersedih bila ada antara mereka yang memanjat pada batang bunga lili, dan hilang tidak muncul lagi. Mereka faham benar, bila ini terjadi, kawan-kawan mereka telah tiada, mati dan hilang entah ke mana!

Suatu hari, seekor ulat teringin memanjat batang bunga lili tersebut. Desakan dalamannya kuat, bagaimanapun dirinya pernah diingatkan agar tidak sekali-kali berbuat begitu. Nekad, si ulat akan memanjat batang pokok lili tersebut, dan ia berjanji pada dirinya untuk kembali kepada kawan-kawannya di sini.

Sampai di puncak batang bunga lili, si ulat ini kepenatan. Hangat mentari betul-betul membuatnya mengantuk. Si ulat mahu tidur sebentar. Ketika si ulat sedang tidur, badannya berubah. Bila si ulat ini bangun, ia melihat badannya tidak lagi seperti dulu, malah mempunyai sepasang sayap yang cantik.

Terbanglah Duhai Rerama!

Si ulat itu tadi kini adalah seekor rama-rama. Dia kini boleh terbang! Sedang ia terbang, ia merasakan apa yang dilihatnya kini sebenarnya jauh lebih membahagiakan, berbanding hanya hidup memakan daun sahaja sebelum ini.

Terbanglah, sayang!

Keluarlah dari Kepompong Selesa

Ayuh, keluarlah dari kepompong selesa kita. Hidup ini terlalu indah untuk dijalani dengan rutin yang sama. Jalanilah dengan indah!

Hidup ini adalah tanggungjawab. Sesekali, pandanglah ke kiri dan ke kanan kita. Apakah kita tidak punya tanggungjawab lain selain apa yang kita ada sekarang? Apakah kita tidak akan dipertangungjawabkan di atas semua (kelalaian) ini?

Sesungguhnya, kita semua adalah pemimpin, bukan? Dan pastinya kita akan ditanya tentang semua ini, tentang bagaimana kita menjalani hidup. Hiduplah untuk kekal hidup. ^_^

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita kaum hawa sila ambil perhatian.................

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

wasalam………………….

HAPPY NEW YEAR....

SELAMAT TAHUN BARU.........

SELAMAT TAHUN BARU 2011....
apa azam tahnu baru ek????azm thn lepas pun x tercapai sepenuhnya lagi.....
tapi apa yang pnting kita perlu pasang azam...n cuba untuk mencapainyer....

~...SALAM UKHUWWAH...~

"...welcome to putri ct's blog... selamat datang diucapkan buat semua. semoga segala apa yang tertulis di dalam blog ini tidak menyakitkan hati sesiapa jua, ia hanyalah sekadar luahan hati dari hati nuraniku yang sedang berbicara..."

Make your own Glitter Graphics